Pelatihan Komputer & Internet

09 September, 2009

Penggunaan "predictive texting" di Handphone SMS secara berlebihan menjejaskan otak kanak-kanak 11-14 tahun

Satu kajian di buat oleh "Journal of Bioelectromagnetics" diketuai oleh Prof. Abramson membuktikan yang kanak - kanak berumur 11 hingga 14 yang menggunakan "predictive texting" di handphone secara berlebihan akan membuat mereka lebih cenderung ke arah pemikiran secara buta-tuli / bodoh atau erti kasarnya in English "fast-thinking idiots".


Dibawah adalah sebahagian dari text dari hasil kajian beliau yg telah saya alih bahasa ke Bahasa Melayu:

"Kanak - kanak yang menggunakan telefon bimbit mereka secara berlebihan adalah lebih cepat dalam beberapa kaji selidik, namun kanak - kanak ini kurang tepat. Kami menduga bahawa menggunakan telefon secara berlebihan - terutamanya "predictive texting" di SMS - melatih mereka menjadi cepat tapi tidak tepat. Otak meraka masih berkembang, jadi jika terjadi sesuatu kesan, maka kesan ini akan berpotensi untuk mempengaruhi mereka di masa kedepan. Penggunaan telefon bimbit mengubah cara kanak-kanak belajar dan berfikir; dan mempengaruhi mereka untuk menjadi lebih impulsif (melakukan sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu) dalam tingkah-laku mereka."


Abramson-profesor di Monash University, Melbourne, Australia -mengatakan bahawa mereka tidak menjadi bodoh kerana radiasi telefon menjejaskan otak mereka, tetapi kerana "predictive texting" melatih otak mereka berfikir mereka boleh mendapatkan apa yang mereka inginkan dengan mudah.


from : Bahruddin Atwam, Petro Rabigh Saudi Arabia.

0 komentar:

Maulud Pemuda Menara Malaysia